MENILITI KEMBALI PEMAKAIAN YANG SEMPURNA BAGI MUSLIMAH ...

Assalamualikum sahabat2 sekalian...:)

Sedikit perkongsian ingin ana kong dgn sahabat2 mengenai hukum muslimah memakai seluar tanpa memakain kain atau jubah atau bju kurung diluar sehinggakan menamppakkn susuk kaki dan menyerupai lelaki...disini beberapa  hujah2 yang mungkin dpt mmbri garis panduan kepada kite semua...

Sebelum kita pergi lebih jauh dalam membincangkan hukum ini mari kita lihat sebuah hadis nabi S.A.W. yang menyebut:

(( المرأة عورة ، وإنها إذا خرجت من بيتها استشرفها الشيطان))
رواه الطبراني في الاوسط عن ابن عمر بإسناد صحيح ، ورواه ابن خزيمة في صحيحه أيضا

Maksudnya : Perempuan adalah aurat, dan sesungguhnya apabila dia keluar dari rumahnya syaitan akan sentiasa memerhati dan mengekorinya.

Hadis soheh ini jelas menyebut bahawa perempuan adalah aurat. Tapi harus difahami bahawa bukan semua keadaan perempuan itu aurat.

Perempuan menjadi aurat sekiranya mengangkat suara di hadapan bukan mahramnya.

Perempuan menjadi aurat jika tabarruj yakni berhias sehingga menarik perhatian orang ramai walaupun menutup aurat dengan sempurna.

Perempuan menjadi aurat jika berwangi-wangian di luar rumahnya.

Perempuan menjadi aurat sekiranya mendedahkan auratnya.
Dan perempuan menjadi aurat jika memakai pakaian yang tidak syari`e.

Islam melarang wanita memakai seluar samada ketat atau longgar tanpa pakaian labuh hingga ke kaki seperti jubah dan yang seumpamanya kerana beberapa perkara :

1- Kerana menyerupai lelaki.
Sabda nabi S.A.W :

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( لعن الله المتشبهين من الرجال بالنساء، والمتشبهات من النساء بالرجال)) رواه البخاري

Maksudnya: Allah melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki.

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجل يلبس لبس المرأة ، والمرأة تلبس لبس الرجل)) رواه الإمام أحمد وأبو داود قال في الآداب

الكبرى : إسناده صحيح ، وهو من حديث أبي هريرة رضي الله عنه

Maksudnya: Rasulullah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan orang perempuan yang memakai pakaian lelaki.

Oleh kerana asal seluar adalah pakaian lelaki dan dipakai oleh semua lelaki maka tidak diharuskan bagi perempuan untuk memakainya.

2- Seluar membentuk anggota wanita. Dan setiap pakaian yang menampakkan bentuk tubuh badan wanita adalah haram dipakai di hadapan bukan mahram.

Sabda Nabi S.A.W :
عن أبي هريرة رضي الله عنه (( صنفان من أهل النار لم أرهما بعد : قوم معهم سياط كأذناب البقر يضربون بها الناس ، ونساء كاسيات عاريات ، مميلات مائلات ، رؤوسهن كأسنمة البخت المائلة ، لا يدخلن الجنة ، ولا يجدن ريحها ، وإن ريحها ليوجد من مسيرة كذا وكذا)) رواه أحمد ومسلم.

Maksudnya: Dua golongan di kalangan penghuni neraka yang belum pernah aku lihat. Pertama, satu golongan yang sentiasa memegang cemeti untuk memukul-mukul manusia. Dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi seolah-olah bertelanjang, menarik dan menggoda, kepala (rambut) mereka seperti bonggol unta (kerana disanggul atau seumpamanya), mereka sekali-kali tidak akan masuk ke syurga malah tidak dapat mencium baunya sedikitpun walaupun bau syurga itu sudah dapat dicium dari jarak yang begitu jauh.

3- Meniru gaya wanita-wanita bukan islam.

Sabda Nabi S.A.W :

عن ابن عمر رضي الله عنهما عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :(( من تشبه بقوم فليس منهم )) رواه أبو داود

Dalam penegasan dalil-dalil yang dinyatakan di atas kita mengulangi bahawa boleh bagi wanita memakai seluar tetapi dengan syarat-syaratnya.

1- Jika dipakai dengan pakaian yang labuh dan longgar.
2- Jika dipakai di hadapan mahram.
3- Kerana darurat seperti dalam keadaan perang atau bencana untuk mudah lari dan menyelamatkan diri.

Pemakaian baju yang berwarna pula tidak ada hukum yang tetap berkenaan dengannya. Tetapi islam telah menggariskan dan meletakkan satu kaedah, iaitu sekiranya pakaian yang dipakai oleh seorang wanita itu boleh menarik perhatian lelaki-lelaki yang bukan mahram seperti terlalu terang warnanya atau corak-corak yang keterlaluan atau berenda-renda atau labuci-labuci yang berselirat dan bergemerlipan maka hukumnya tidak boleh. Dan hukum ini juga kembali kepada adat sesuatu tempat tersebut. Satu contoh saya berikan. Kalau perempuan di Malaysia kebanyakannya atau hampir kesemuanya memakai baju kurung berwarna warni sehingga pemakaian itu menjadi biasa. Tapi jika dipakai di Negara lain (Negara Arab khususnya) ia adalah sesuatu yang menarik perhatian dan menjadi tumpuan orang, maka ia tidak digalakkan (kalau boleh elak lebih baik).

والله أعلم
Sumber : Sebahagian dari Fatwa Sheikh Muhammad Asy-Syanqithi dan Sheikh Wahbah Az-Zuhaili.

itu serba sedikit perkongsian yang dapat ana kongsi bersama2 sahabat...moge disini ada garis panduan bg KITA2 yang tahu tentang ilmu agama dan wajib ats kite memberitahu kepada yang lain...

bukan ape..setelah ana meneliti facebook shbt2 len...tengok gmbr dan sebagainya... terguris perasaan ini akn kelakuan shbt2 yg telah berbuat demikian.. terfikir..knp?mengapa? dan why???... tdkkah malu dgn Allah taala..???..berpakaian krn siapa?? Allah atau krn siapa???...siapakah yang menilai kita?? manusiakah?? atau Allah??...mengapa mereka2 ini tdk berfikir dahulu?? akn kematian bakal menjemput bila2 masa??...

apabila banyak diri ini timbulkan persoalan, jdi diri ini merasakan perlu ada teguran yang mungkin dgn izin Allah taala..dpt memberi kesan yg baik pd mereka2 ini...dengan mmberi hujjah2 dan sekaligus dpt menyedrkn mereka2 ini akn kesilapan...betol dan mmg " tiap manusia itu tdk lari dr salah dan silap" jdi dgn peluang yang ada..mari sama2 kite berubah sebelum kubur menjemput kite...

ape komen sahabat???..jangan hanya berckp di wall shja...pusing belakang depan...siapakah mereka2 itu...tegurlah mereka..:)...sesungguhnya mereka2 itu dahagakan teguran dr shbt2...:)..

SHARING IS LOVING AND CARING..HUA3!!!
MUHASABAH DIRI, TAJDID NIAT DAN TAJDID AMAL..

AKHIRNYA DIA TELAH PERGI SELAMANYA...

KHAS BUATMU....


Hadirmu memberi sinar bahagia dan mengajarku erti kasih sayang kepada semua makhluk...
Hadirmu menghilangkan boringku, kerana melihat telatahmu kesana kesini ..telah menghiburkan hatiku..
Hadirmu tanpa dirancang membuatkan aku kalut seketika untuk menguruskanmu...
Hadirmu yang amat singkat  dalam hidupku membuatkan aku terkenangkan saat bersamamu...

GOHAN DALAM KENANGAN...ARNABKU..


















DIsaat gohan masih baru dan tidak mempunyai tempat berteduh yang selesa....


Kau telah pergi jua...hanya seketika bersamaku..tidak akan ku cari ganti...kerana kenangan bersamamu menghantui diri ini... maafkan aku GOHAN..kerana tidak dapat menjagamu dengan sebaiknya...semoga dirimu  GOHAN tenang dalam lena yang penjang..:)

SESUCI BAYI DILAHIRKAN..SEPUTIH KAIN TANPA KESAN...LAMBAIAN KAABAH MEMANGGILKU...

 ASSALAMUALAIKUM
SELAWAT DAN SALAM KEATAS JUNJUNGAN RASULALLAH S.A.W

Ucapan syukurku dengan melafazkan Alhamdulillah… ku merasakan masih belum mencukupi untuk menyatakan kesyukuranku, jika masih ada kata-kata yang dapat membuktikan syukurku akn aku ungkapkan.. ALHAMDULILLAH...setelah aku terpilih untuk menjadi tetamunya..HARAMAIN memanggilku...

Sejenak seketika untukku berkongsi pengalaman diharamain buat sahabat-sahabat...

Dari hari kehari aku melangkah, dengan langkah yang tersirat seribu rasa penuh debaran dihati jua dijiwa ini..perasaan aneh ini menyelubungi jasad dan emosi..perasaan resah gelisah..gundah gulana..namun apakan daya untukku menghalangnya kerana ku yakini ini adalah ujian buatku sebelum ke tanah suci itu., walau begitu , aku redha..walau perit diri ini...namun,  diri ini terus menghitung hari untuk bertamu diqiblat utama hambamu dan untuk bertemu kekasihmu ya Rasullah...



DEBARAN DEMI DEBARAN TERASA...RESAH DIHATI HANYA ALLAH MAHA MENGETAHUI...

Takut untukku membuka mata ini apabila tersedar dari lena ..tetapi aku gagahkan jua ...entah kenapa jiwa dan hati ini resah gelisah...bermacam-macam perkara bermain dalam fikiran ini...adakah  ujian dan cabaran menantiku?? adakah aku tidak layak untuk menjejakinya???... persoalan itu berlegar dalam benak ini... sampai suatu ketika..diri ini lemah..tidak bermaya, tetapi kekuatan TAWAKKAL itu memandu diri untuk berjalan kehadapan....



HARI YANG NANTI-NANTI...

Dimalam yang hening...sejuk mencengkam diri ini dan juga sahabat-sahabat yang setia menunggu untuk mengucapkan selamat tinggal ... sehinggalah datangnya pengangkutan kami untuk menuju ke tanah suci... langkah pertama aku menaiki kenderaan adalah bermulanya qasad yang hak untuk menjadi tetamunya.. ia juga adalah permulaan untuk melahirkan seorang insan yang baru, dengan mengharapkan permulaan yang baik, akan disusuli pertengahan yang baik dan juga pengakhiran yang baik... tika kaki ini melangkah ..terus terpatri dalam hati ini.. mampukah aku untuk menjadi insan yang layak menjadi tetamunya..tiada kuharapkan melainkan daripada mendapat " hajjan mabrur wasa'yan masykur wazanban maghfur watijaaratan lan taburrr"... doa sahabat-sahabat mengiringiku....

PERJALANAN YANG AMAT PANJANG.....

Jauh perjalanan terasa...tidak ku melepaskan peluang untuK melihat suasana indah ciptaan Allah taala...suasana amat gering dengan terbentangnya padang pasir yang luas bersama bukit yang menjadi pasak bumi... kadangkala kelihatan kehijauan yang amat menyejukkan mata memandang...subhanaAllah..indahnya ciptaanmu..semoga segala ciptaanmu ini ya Allah..menambahkan lagi iman hambamu ini...perjalanan diteruskan sehinggalah pengangkutan kami berhenti disatu tempat yang bernama "TABUK"...ia adalah tempat berlakunya "PERANG TABUK"...perjalanan diteruskan lagi...penantian itu semakin hampir untuk menjejakkan kaki ke haramain...:)...bayangan lambaian itu kurasakan...:)



KAGUM DENGAN KEBESARANMU YA ALLAH...SUBHANALLAH..

Setibanya kami di kota madinah yang amat indah dan tenang pada penglihatan ini..hati ini bergelora untuk bertemu kekasihmu ...ya Rasulallah..akhirnya..aku menjejaki tempatmu..yang tersergam indah dengan kecanggihan yang dibina ..subahanaAllah..masjid inilah rasulallah berkhutbah dan menyebarkan agama Allah sehingga tertegaknya daulah islamiyyah..tanah inilah rasulallah berjuang untuk menegakkan islam dengan pelbagai cabaran dan dugaan... sebak didada berkunjung jua yang hampir menitiskan manik-manik jernih kepipi.. mengenangkan pengorbananmu ya Rasulallah..




KASIH SAYANGMU YA ALLAH ..YA RASULALLAH..MEMBERI KEKUATAN KEPADA UMMATMU...

Kagum melihat betapa bersemangatnya dari pelbagai bangsa tekun beribadah didalam masjid yang indah ini... disetiap sudut kelihatan orang yang khusyu' dengan amalan tersendiri seakan-akan hanya dirinya dan Allah sahaja disitu...subhanaAllah...bersama linangan air mata membasahi pipi tanpa segan silu mengadu akan dosa-dosa yang telah lalu... mata ini melihat, hati ini berbisik, telinga ini mendengar..seluruh deria berfungsi dalam mencari diri sendiri apabila suasana yang amat sayu dan tenang meliputi diri... sehinggalah diri ini menyerahkan sepenuhnya kepada yang esa...Allahu akbar!!!!


KEKUATAN YANG LUAR BIASA...

Disaat penantian demi penantian untuk menunggu pintu gerbang ke makam kekasih hati..kelihatan ramai yang menanti penuh kesabaran...sehinggalah daun pintu dibuka..berlari-larilah tiap-tiap orang menuju ke sana...seketika aku terpana dan kagum terhadap seorang wanita yang begitu berusia ..badanya seakan hampir sujud kebumi... wanita itu berlari dengan kekuatan yang luar biasa yang ada padanya semata2 untuk bertemu rasulallah... bersama wanita-wanita berusia yang lain..Tanpa Disedari Air Mata Ini mengalir kepipi...kerana melihat akan betapa sayangnya hambamu yaAllah kepada kekasihmu...ya Rasullah....ya habiballah....terfikir sejenak..dari manakah kekuatan siwanita itu dapat..melainkan dari Allah...:):)…


KAABAH MELAMBAIKU...

Setelah 3 hari berlalu...kami teruskan perjuangan kami menuju ke masjidilharam merupakan qiblat utama seluruh manusia dari setiap pelusuk dunia...ya Allah..betapa ramainya manusia sehinggakan tiap langkah ku ini hanya mengikut arus ... sehinggakan tidak kelihatan tanah kerana ditutupi dengan lautan manusia..betapa ramainya hambammu ya Allah...datang kepadamu...keranamu YaLLAH... subhanAllah..hati ini berbisik disaat memandang KAABAH tersergam indah...dikelilingnya terdapat burung berterbangan dengan kicauan yang amat merdu....seolah-olah khusyuk berzikir menyebut namamu YaLLAH..perasaan ini amat payah untuk diluahkan dengan kata-kata..apabila melihat KAABAH didepan mata, memandangnya dengan mata ini , mendengarnya dengan telinga ini, merasakan dengan sentuhan ini..ya Allah..sekarang diri ini berdiri disini...terasa amat dekat denganmu....sebak terasa dihati..”SESUNGGUHNYA HARI INI ADALAH SEJARAH HIDUPKU”

TAABUDIYYAH  TANPA BANYAK BICARA...

Ketika urusan haji dilakukan..hati ini seringkali berbisik akan keadaan sekeliling yang amat menggagumkan diri...adakah diri ini terlalu menyelami atau memerhati??...tetapi yang pasti, pemerhatian aku itu memberi kekuatan untukku..apabila melihat betapa kesungguhan yang dibuktikan oleh beberapa golongan wanita dan lelaki yang berusia dalam melakukan ibadah yang sedikit sukar dilakukan berbanding dengan kudrat yang ada..kadang-kadang...berlari-lari anak..kadangkala berjalan tidak henti...ya Allah...engkaulah pemberi segala kekuatan...

TAKBIR RAYA..EMBUN INI MENITIS LAGI....

Disaat Allah menguji kekuatan , kesabaran, ketabahan seorang hamba...dalam menggapai cintamu...berjalan sebanyak 30 km tanpa henti... kaki ini bagaikan kayu yang hampir reput...badan lemah bagai bayi..pelbagai perkara bermain difikiran...tahap kesabaran ditebalkan .. dek kerana perjalanan dari mekkah ke mina sebanyak 22 km dicampur sekali kesEsatan mencari tempat berteduh sebanyak 10 km..akhirnya sampailah perjalanan sebanyak 30 km lebih...ya Allah..tanpa disedari ..aku berjalan sebanyak itu...terfikir sejenak..dari mana kekuatan itu aku dapat????....kekuatan itu kadang -kadang terbit dikala aku melihat ramai yang lebih berusia dari diri ini berjalan seperti aku tanpa henti... membuatkan aku tercabar akan usia dan darah mudaku..dan aku mencabar diri menjadi lebih kuat sekuat tenaga muda yang Allah berikan...


HARI-HARI TERAKHIRKU DIHARAMAIN...

Alhamdulillah...selesai sudah perjuangan yang wajib dilakukan dalam menggapai cintamu ya Allah.... sungguh hiba dihati untuk diri ini melangkah pergi meninggalkan tanah haram ini...tempat yang amat suci ...bagi tiap-tiap yang bergelar muslim...ya Allah...disaat aku merenung akan KAABAh sendirian, tersentak akn sentuhan wanita tua yang berada dibelakangku menegurku..yang berasal dari pakistan, bertutur bahasa enggeris denganku , pada mulanya ku sangkakan berasal dr tanah arab, terus aku menuturkan"limaza ??... dia tersenyum manis padaku...dengan berkata " i dont know how to speak arabic language.."..tersenyum diri ini akan gelagak wanita itu..lantas dia mengajak aku berada disisinya dan bersama-sama merenung kebesaran Allah taala..dikala disisinya..suatu pengalaman dan kenangan yang amat manis aku lalui..iaitu mendgr dia bercerita dengan menyedarkan aku akn kekuasaan Allah taala..pelbagai cerita melalui pengalamanya diceritakan membuatkan aku menitiskan air mata...dia bernama" SHEENAA"..adalah seorang yang terpilih oleh Allah taala dalam melakukan ibadah haji...dia seorang perempuan berkerusi roda..dek kerana umurnya yang agak tua dan kekuatanya tidak sama seperti yang lain...apa yang menggagumkan diri ini..dia mampu melakukan tawaf dengan kaki sendiri padahal dia seorang perempuan berkerusi roda yang tidak mampu bergerak dengan pergerakan biasa..tetapi kekuatan doanya, menjadikan dia kuat dan mampu melakukanya dengan kaki sendiri...ya Allah...lagi deras air mata ini mengalir...akn pengalamanya yang begitu indah...sekali lagi dia mengajakku untuk merenung burung-burung yang berterbangan disekitar KAABAH.. disedarkan aku dengan gelagak burung yang banyak berterbangan disitu..tetapi tiada seekor pon akn menjejakkn kaki diats kAABAH...kerana memelihara KAABAH dari kekotoran...ya Allah...hebatnya kuasamu...subhanaAllah..SHEENA dalam kenangan...moga jodohku berjumpa lagi denganya...


SELAMAT TINGGAL KAABAH....TIDAKKU TINGGALKAN SELURUH DIRI INI..SESUNGGUHNYA TELAH KU TINGGALKAN HATI INI DISINI...

Disaat ku melangkah pergi...dengan mengharapkan masih lagi ada kesempatan untuk kembali kesana..kerana dapat kurasa seribu kedamaian dan ketenangan dihati... seandainya ya Allah..aku berpeluang kesana lagi ya Allah...matikan aku disana ..jika itu baik untukku..jika ya Allah ..matiku bukan disana ya Allah..maka matikan aku syahid dijalanmu ya Allah...jika itu baik untukku ya Allah...

SETIAP YANG MELANGKAH PERGI .. TELAH DIJANJIKAN ALLAH TAALA MENJADI SEPERTI BAYI YANG BARU DILAHIRKAN TANPA ADA NOKTAH HITAM DIHATINYA ..UMPAMA KAIN PUTIH YANG TIADA BINTIK HITAM...MAKA..YA ALLAH ADAKAH AKU JUA TERGOLONG DALAM GOLONGAN TERSEBUT??..MAKA YA ALLAH PELIHARALAH DIRI INI DARI SEGALA DOSA-DOSA YANG MENDATANG DEK KERANA FITNAH DUNIA YANG MAKIN PARAH......
AKU BERLINDUNG DENGAN PERLINDUNGAN YANG MAHA ESA DARI SEGALA KEJAHATAN DAN KELALAIAN...
AMPUNKAN DOSAKU YANG LALU..KERANA DOSA ITU AKAN MENJADI PENGHALANG BUATKU UNTUK BERTANDANG KE SYURGAMU...
JIKA YA ALLAH SYURGA ITU TIDAK LAYAK UNTUKKU...NAMUN TIDAK KU SANGGUP MENGHADAPI NERAKAMU...MAKA YA ALLAH..PERMUDAHKAN UNTUK KU MELANGKAH DI TITIAN SIRATMU ITU...UNTUK ME MAHLIGAI ITU..
JADIKAN DIRI INI WANITA YANG BAKAL MENJADI BIDADARI SYURGA

ALLAHUMMA AAMIN..