InDaHnYa SaNg BiDaDaRi SyUrGa



SEMOGA SI "DIA" ADALAH BIDADARI ITU

Siapakah Sang Bidadari Syurga  itu??

      Indahnya yang bernama sang bidadari itu, seindah gelaran "BIDADARI"..gelaran yang diimpikan oleh setiap wanita dan juga setiap lelaki, keindahanya telah terbukti didalam Al-quran dalam surah Al-Jathiah :54

"Demikianlah ,kemudian kami berikan kpd mereka pasangan bidadari yang bermata indah"

       Digambarkan betapa indahnya bidadari itu mempunyai mata yang indah, yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa disisi Allah taala..kadangkala terfikir kenapa sang bidadari adalah hadiah yang  dijanjikan oleh Allah kepada hambanya yang bertaqwa, jika tidak kerana kuasa seorang wanita itu hebat dalam mengawal pelayaran seorang yang bernama lelaki....sehinggakan kuasa wanita itu dapat meruntuhkan sesebuah kerajaan...

      Tiba-tiba timbul 1 persoalan, yang mengetuk minda, yang seringkali melingkari fikiran diri yang kerdil ini, yang berbunyi" Layakkah aku menjadi bidadari syurga???" , tersenyum sendirian ... terbayang diri menjadi seperti cerita animasi " cinderella, sleeping beauty, snow white"..itu gambaran tiap kanak-kanak, yang mengimpikan menjadi bidadari syurga...  

     Persoalan tersebut ku temui jawapannya... rupanya...impian itu tidak mustahil untuk dikecapi oleh tiap-tiap wanita muslimah. Telah tercatat didalam sepotong hadis Rasulallah s.w.t yang berbunyi:
 
Daripada Ummu Salamah, isteri Nabi SAW, katanya (di dalam sebuah hadis yang panjang) :
 
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
 
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
 
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”

Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)

Sebak seketika sesudah membaca potongan hadis Rasulallah S.W.T, yang telah menggambarkan betapa mulianya kaum hawa itu akan diangkat martabatnya lebih mulia dari sang bidadari syurga jika seorang wanita itu menuruti segala yang diperintah dan jauhi apa yang dilarang, apa lagi yang kita harapkan melainkan mengejar gelaran itu disisi Allah taala ..." INNI TUBTU ILAIKA YA ALLAH"


     Oleh itu, siapakah Bidadari syurga itu??? ..tepuk dada tanya iman...layakkah kita menjadi bidadari itu??..sesungguhnya wanita itu telah dijanjikan oleh Allah taala untuk mudah melangkah ke mahligai syurganya...tetapi jangan pula kita sebagai seorang wanita meletakkan penghadang untuk terus melangkah kesyurganya....kerana itu amat-amatla merugikan kepada diri yang bernama "WANITA" sedangkan peluang terbentang luas dihadapan....



الا اخبرك بخيرما يكنز الرجل ؟ المرأة الصالحة : اذا نظر اليها سرته , واذا أمرها اطاعته , وان غاب عنها حفظته 

" Mahukah aku tunjukkan kepadamu sebaik-baik perbendaharaan lelaki? iaitu wanita solehah, jika dipandang menyenangkan, jika diperintah ia patuh dan jikasuaminya tiada dirumah , ia menjaga hartanya dan dirinya"
(H.R.Abu Daud)

ya Allah...jadikanlah aku bidadari itu, sesungguhnya untuk mendapatkan gelaran itu tidak mudah, aku mengetahui hakikat itu... ya Allah, berikan kekuatan kepadaku, agar terus melangkah merebut gelaran yang lebih hebat dr BIDADARI... berikanku kekuatan untuk menurut segala suruhanmu dan meninggalkan laranganmu.. sesungguhnya godaan duniamu amatla hebat... dan ku tahu itu adalah ujian darimu.
اني تبت اليك يا الله

Aishah jundullah...:)
muhasabah diri, tajdid niat dan tajdid amal..

1 Response to "InDaHnYa SaNg BiDaDaRi SyUrGa"

  1. einsyie♥♥انشراح says:
    24 August 2010 at 03:50

    walla hebat ukhti..:)
    good post..keep da hardwork sis..:)

Post a Comment