Langkah pertama untuk mendapat gelaran WaNiTa SoLeHaH

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :

1.Taat kepada Allah dan RasulNya
2.Taat kepada suami

Berpandukan dari hadith ini:

الا اخبرك بخيرما يكنز الرجل ؟ المرأة الصالحة : اذا نظر اليها سرته , واذا أمرها اطاعته , وان غاب عنها حفظته

" Mahukah aku tunjukkan kepadamu sebaik-baik perbendaharaan lelaki? iaitu wanita solehah, jika dipandang menyenangkan, jika diperintah ia patuh dan jikasuaminya tiada dirumah , ia menjaga hartanya dan dirinya"
(H.R.Abu Daud)

“Di dunia ini mengandung kenikmatan, dan
sebaik-baik kenikmatan itu adalah wanita yang
salehat.”
(H.r. Imam Muslim, Nasa’i dan Ibnu
Majah).
“Termasuk tiga sumber kebahagiaan bagi laki-laki
ialah wanita salehat, kediaman yang baik dan
kendaraan yang baik pula.”
(H.r. Ahmad dengan
sanad yang shahih).
Perincian dari 2 syarat tersebut adalah:

1.Taat kepada Allah dan RasulNya

     Bagaimana dikatakan dengan taat kepada Allah dan rasul, adalah dengan membuktikan kasih dan cinta kepada Allah taala dan rasulullah s.w.t adalah melebihi segalanya2 yg ada didunia, sehinggakan kepada ibubapa kita sekalipun, kadangkala bukan mudah untuk melahirkan suatu perasaan kasih dan cinta sebegitu, tetapi masih ada cara dan peluang untuk untuk membuktikan rasa cinta kta kepada Allah dan rasulnya dengan meninggalkn segala yg dilarang dan mengikut segala suruhan, dengan meletakkan rasa ihsan dalam diri tiap2 muslim, dengan itu akn terbukti akan lafaz yg diterbitkan tntg cinta Allah dan rasul, bukan hanya dimulut tetapi dibuktikan dengan amal.

Apakah yang dikatakan melakukan segala yang disuruh dan meninggalkn yang dilarang, iaitu mengamalkan cara hidup seharian dengan berpandukan Al-quran dan Assunnah antaranya :

• Wajib menutup aurat
• Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
• Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
• Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
• Berbuat baik kepada ibu & bapa
• Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
• Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
• Bersikap baik terhadap tetangga
Selain yang telah disebutkan diatas, masih banyak lagi kewajipan-kewajipan yang harus dilakukan selaku seorang wanita muslim( muslimah).

2.Taat kepada suami

Bagaimana pula tentang taat pada suami , iaitu:

• Memelihara kewajipan terhadap suami
• Sentiasa menyenangkan suami
• Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
• Tidak bermasam muka di hadapan suami
• Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
• Tidak keluar tanpa izin suami
• Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
• Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
• Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
• Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

     Perincian yang ana bawakan adalah untuk membuka mata para wanita sekalian supaya menilai diri sendiri, adakah diri itu telah menuruti segala yang digariskan oleh Allah taala terhadap setiap hambanya?, supaya tiada lagi alasan untuk menjadi wanita SOLEHAH.

    Tiap-tiap perincian tersebut, adalah berdasarkan Alquran dan As-sunnah sebagai panduan dalam menetapkan langkah-langkah untuk menjadi wanita solehah, antaranya:

“Hai istri-istri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti
wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah
kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah
orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah
perkataan yang baik.”
(al-Ahzab: 32)

Allah melarang khudhu, yakni cara bicara yang bisa
membangkitkan nafsu orang-orang yang hatinya
“berpenyakit.” Namun, dengan ini bukan berarti Allah
melarang semua pembicaraan wanita dengan setiap
laki-laki. Perhatikan ujung ayat dari surat di atas:
“Dan ucapkanlah perkataan yang baik”
“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah
Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu
sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram
kepadanya, dan Allah menjadikannya diantara kamu
rasa kasih dan sayang …”
(Q.s. Ar-Ruum: 21).

“Termasuk tiga sumber kebahagiaan bagi laki-laki
ialah wanita salehat, kediaman yang baik dan
kendaraan yang baik pula.”
(H.r. Ahmad dengan
sanad yang shahih).

Adapun sanad dan dalil dari ijma’ tersebut ialah ayat
Al-Qur’an:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman, ‘Hendaklah
mereka menahan pandangannya, memelihara kemaluannya,
dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali
yang (biasa) tampak darinya. Dan hendaklah mereka
menutupkan kain kerudung ke dadanya, …”
(Q.s. An-Nuur: 31).

diriwayatkan
oleh Abu Daud dari Aisyah r.a. bahwa ketika Asma’ binti Abu
Bakar r.a. bertemu dengan Rasulullah saw, ketika itu Asma’
sedang mengenakan pakaian tipis, lalu Rasulullah saw.
memalingkan muka seraya bersabda:
“Wahai Asma’! Sesungguhnya, jika seorang wanita
sudah sampai masa haid, maka tidak layak lagi bagi
dirinya menampakkannya, kecuali ini …” (beliau
mengisyaratkan pada muka dan tangannya).

“Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal
menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk
menyempitkan (hati) mereka. …. dan musyawarahkanlah di antara kamu
(segala sesuatu), dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan maka
perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya.”
(QS.65:6).

“Allah melaknati pembuatan tatto, yaitu menusukkan
jarum ke kulit dengan warna yang berupa tulisan,
gambar bunga, simbol-simbol dan sebagainya;
mempertajam gigi, memendekkan atau menyambung
rambut dengan rambut orang lain, (yang bersifat
palsu, menipu dan sebagainya).”
(Hadis shahih)

Demikian beberapa dalil yang menjadi garis panduan kepada setiap wanita muslim untuk melangkah dalam usaha menjadi wanita solehah yang dikatakan oleh Rasulallah s.w.t.


Ketahuilah bahawa kaum hawa ini adalah fitnah terbesar bagi kaum adam yang telah disabdakan oleh Rasulallah s.w.t , dalam sabdanya yang berbunyi:
“Setelah aku tiada, tidak ada fitnah yang paling
besar gangguannya bagi laki-laki daripada
fitnahnya wanita.”
(H.r. Bukhari).

      Erti dari hadis di atas menunjukkan bahwa wanita itu bukan jahat, tetapi mempunyai pengaruh yang besar bagi manusia, yang dikhawatirkan lupa pada kewajibannya, lupa kepada Allah dan terhadap agama, sehinggakan pengaruh seorang wanita dapat meruntuhkan satu pemerintahan suatu ketika dahulu.

     Sebagai seorang wanita janganlah menjadi penyebab kepada golongan lelaki diseret ke neraka jahannam, kerana kuasa seorang wanita telah dibuktikan oleh Rasulallah s.w.t yang disebut dalam sabdanya,oleh itu berjaga-jagalah dalam segala hal dan perilaku seharian .

    Demikian ana telah memberi sedikit pengisian yang mungkin dapat membuka mata-mata para wanita juga lelaki yang membaca, supaya kita tidak terlepas peluang untuk menjadi wanita solehah yang bakal menduduki mahligai indah syurga Allah taala dalam mengharapkan redhanya..apa yang ana tuliskan bukan sahaja ditujukan kepada kaum hawa , tetapi juga kepada kaum adam , supaya dapat membantu kaum hawa dalam usaha untuk meningkatkan diri menjadi wanita solehah, kerana kadangkala, penyebab terhalang dari mendapat gelaran tersebut adalah berpunca dari dua pihak, lelaki dan perempuan, oleh itu, sama- sama membantu untuk melahirkan ummah yang berkualiti yang bermula dari kelahiran yang baik dan berkualiti.

Aishah jundullah
muhasabah diri, tajdid niat dan tajdid amal..:)

1 Response to "Langkah pertama untuk mendapat gelaran WaNiTa SoLeHaH"

  1. w says:
    25 August 2010 at 13:15

    Artikel yang menarik... Sangat sesuai juga untuk para-para syabab

Post a Comment