MENILITI KEMBALI PEMAKAIAN YANG SEMPURNA BAGI MUSLIMAH ...

Assalamualikum sahabat2 sekalian...:)

Sedikit perkongsian ingin ana kong dgn sahabat2 mengenai hukum muslimah memakai seluar tanpa memakain kain atau jubah atau bju kurung diluar sehinggakan menamppakkn susuk kaki dan menyerupai lelaki...disini beberapa  hujah2 yang mungkin dpt mmbri garis panduan kepada kite semua...

Sebelum kita pergi lebih jauh dalam membincangkan hukum ini mari kita lihat sebuah hadis nabi S.A.W. yang menyebut:

(( المرأة عورة ، وإنها إذا خرجت من بيتها استشرفها الشيطان))
رواه الطبراني في الاوسط عن ابن عمر بإسناد صحيح ، ورواه ابن خزيمة في صحيحه أيضا

Maksudnya : Perempuan adalah aurat, dan sesungguhnya apabila dia keluar dari rumahnya syaitan akan sentiasa memerhati dan mengekorinya.

Hadis soheh ini jelas menyebut bahawa perempuan adalah aurat. Tapi harus difahami bahawa bukan semua keadaan perempuan itu aurat.

Perempuan menjadi aurat sekiranya mengangkat suara di hadapan bukan mahramnya.

Perempuan menjadi aurat jika tabarruj yakni berhias sehingga menarik perhatian orang ramai walaupun menutup aurat dengan sempurna.

Perempuan menjadi aurat jika berwangi-wangian di luar rumahnya.

Perempuan menjadi aurat sekiranya mendedahkan auratnya.
Dan perempuan menjadi aurat jika memakai pakaian yang tidak syari`e.

Islam melarang wanita memakai seluar samada ketat atau longgar tanpa pakaian labuh hingga ke kaki seperti jubah dan yang seumpamanya kerana beberapa perkara :

1- Kerana menyerupai lelaki.
Sabda nabi S.A.W :

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( لعن الله المتشبهين من الرجال بالنساء، والمتشبهات من النساء بالرجال)) رواه البخاري

Maksudnya: Allah melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki.

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجل يلبس لبس المرأة ، والمرأة تلبس لبس الرجل)) رواه الإمام أحمد وأبو داود قال في الآداب

الكبرى : إسناده صحيح ، وهو من حديث أبي هريرة رضي الله عنه

Maksudnya: Rasulullah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan orang perempuan yang memakai pakaian lelaki.

Oleh kerana asal seluar adalah pakaian lelaki dan dipakai oleh semua lelaki maka tidak diharuskan bagi perempuan untuk memakainya.

2- Seluar membentuk anggota wanita. Dan setiap pakaian yang menampakkan bentuk tubuh badan wanita adalah haram dipakai di hadapan bukan mahram.

Sabda Nabi S.A.W :
عن أبي هريرة رضي الله عنه (( صنفان من أهل النار لم أرهما بعد : قوم معهم سياط كأذناب البقر يضربون بها الناس ، ونساء كاسيات عاريات ، مميلات مائلات ، رؤوسهن كأسنمة البخت المائلة ، لا يدخلن الجنة ، ولا يجدن ريحها ، وإن ريحها ليوجد من مسيرة كذا وكذا)) رواه أحمد ومسلم.

Maksudnya: Dua golongan di kalangan penghuni neraka yang belum pernah aku lihat. Pertama, satu golongan yang sentiasa memegang cemeti untuk memukul-mukul manusia. Dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi seolah-olah bertelanjang, menarik dan menggoda, kepala (rambut) mereka seperti bonggol unta (kerana disanggul atau seumpamanya), mereka sekali-kali tidak akan masuk ke syurga malah tidak dapat mencium baunya sedikitpun walaupun bau syurga itu sudah dapat dicium dari jarak yang begitu jauh.

3- Meniru gaya wanita-wanita bukan islam.

Sabda Nabi S.A.W :

عن ابن عمر رضي الله عنهما عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :(( من تشبه بقوم فليس منهم )) رواه أبو داود

Dalam penegasan dalil-dalil yang dinyatakan di atas kita mengulangi bahawa boleh bagi wanita memakai seluar tetapi dengan syarat-syaratnya.

1- Jika dipakai dengan pakaian yang labuh dan longgar.
2- Jika dipakai di hadapan mahram.
3- Kerana darurat seperti dalam keadaan perang atau bencana untuk mudah lari dan menyelamatkan diri.

Pemakaian baju yang berwarna pula tidak ada hukum yang tetap berkenaan dengannya. Tetapi islam telah menggariskan dan meletakkan satu kaedah, iaitu sekiranya pakaian yang dipakai oleh seorang wanita itu boleh menarik perhatian lelaki-lelaki yang bukan mahram seperti terlalu terang warnanya atau corak-corak yang keterlaluan atau berenda-renda atau labuci-labuci yang berselirat dan bergemerlipan maka hukumnya tidak boleh. Dan hukum ini juga kembali kepada adat sesuatu tempat tersebut. Satu contoh saya berikan. Kalau perempuan di Malaysia kebanyakannya atau hampir kesemuanya memakai baju kurung berwarna warni sehingga pemakaian itu menjadi biasa. Tapi jika dipakai di Negara lain (Negara Arab khususnya) ia adalah sesuatu yang menarik perhatian dan menjadi tumpuan orang, maka ia tidak digalakkan (kalau boleh elak lebih baik).

والله أعلم
Sumber : Sebahagian dari Fatwa Sheikh Muhammad Asy-Syanqithi dan Sheikh Wahbah Az-Zuhaili.

itu serba sedikit perkongsian yang dapat ana kongsi bersama2 sahabat...moge disini ada garis panduan bg KITA2 yang tahu tentang ilmu agama dan wajib ats kite memberitahu kepada yang lain...

bukan ape..setelah ana meneliti facebook shbt2 len...tengok gmbr dan sebagainya... terguris perasaan ini akn kelakuan shbt2 yg telah berbuat demikian.. terfikir..knp?mengapa? dan why???... tdkkah malu dgn Allah taala..???..berpakaian krn siapa?? Allah atau krn siapa???...siapakah yang menilai kita?? manusiakah?? atau Allah??...mengapa mereka2 ini tdk berfikir dahulu?? akn kematian bakal menjemput bila2 masa??...

apabila banyak diri ini timbulkan persoalan, jdi diri ini merasakan perlu ada teguran yang mungkin dgn izin Allah taala..dpt memberi kesan yg baik pd mereka2 ini...dengan mmberi hujjah2 dan sekaligus dpt menyedrkn mereka2 ini akn kesilapan...betol dan mmg " tiap manusia itu tdk lari dr salah dan silap" jdi dgn peluang yang ada..mari sama2 kite berubah sebelum kubur menjemput kite...

ape komen sahabat???..jangan hanya berckp di wall shja...pusing belakang depan...siapakah mereka2 itu...tegurlah mereka..:)...sesungguhnya mereka2 itu dahagakan teguran dr shbt2...:)..

SHARING IS LOVING AND CARING..HUA3!!!
MUHASABAH DIRI, TAJDID NIAT DAN TAJDID AMAL..

0 Response to "MENILITI KEMBALI PEMAKAIAN YANG SEMPURNA BAGI MUSLIMAH ..."

Post a comment